Thursday, July 5, 2012

Jangkitan selepas hubungan kelamin


MENGAPA berlaku kegatalan pada faraj selepas melakukan hubungan seks bersama suami (selepas pancutan)? Ini kerana saya berasa sangat gatal sehingga saya perlu ke bilik air untuk mencuci faraj.

Adakah perbuatan mencuci faraj selepas melakukan seks akan mengurangkan peluang untuk hamil?

Selepas melakukan hubungan kelamin, adakah benar perempuan harus baring sekurang-kurangnya 20 minit untuk meningkatkan peluang kehamilan?

MAI,

Kuala Lumpur

Jawapan :

GESELAN sewaktu hubungan seks boleh mengundang jangkitan kuman yang sedia ada pada permukaan kulit kita ataupun pasangan seksual kita, lebih-lebih lagi jika permukaan kulit kemaluan kita kering dan tiada cecair syahwat keluar.

Lazimnya sperma tidak dapat bertahan melebihi setengah jam di dalam faraj. Itulah sebabnya ada pandangan yang menggalakkan wanita berbaring selama setengah jam bagi menambah peluang sperma yang masih ada di dalam faraj (yang masih hidup) untuk berenang memasuki pintu rahim (serviks) dan hidup dengan lebih lama lagi selepas itu.

Setelah itu, bolehlah anda ke tandas untuk mencuci kemaluan. Namun, perbuatan mencuci kemaluan berlebihan juga boleh menukar pH dalam faraj dan ini boleh menyebabkan kuman mudah membiak sehingga menyebabkan kesan jangkitan.